Friday, November 22, 2024

BAGAIMANA DAPATKAN "KULIT MUKA CERAH DAN BERSIH" ?

Kulit yang sihat dan berseri mencerminkan kesihatan yang baik. Dan tidak sukar sebenarnya untuk anda memiliki kulit idaman! Apa yang paling penting adalah anda perlu memahami pengetahuan umum tentang penjagaan kulit muka. Penggunaan produk Penjagaan semulajadi adalah lebih baik. Kami mempunyai rangkaian Set Cantik Najlaa Baby Skincare:

1) HERBAL CREAM 

Untuk mengurangkan masalah "Flare" ruam-ruam bertompok merah dikulit, jerawat Cream ini di perbuat drp ekstrak herba-herba perubatan, shea butter dan Zinc Oxide. Boleh digunakan sebagai cream harian kulit atau krim malam.

2) SERUM NAJLAA

Kulit sensitif / eczema/ allergy perlu lembap sentiasa supaya tidak kering bersisik, kemudian gatal2, tak sedar menggaru garu pula...kadang2 sampai berdarah...Eczema jadi teruk.

So utk penjagaan sapukan serum seperti guna losyen... sedikit sahaja dan di sapu nipis nipis.Losyen biasa byk kimia dan boleh menyebabkan allergy... tapi Serum ni daripada tumbuh- tumbuhan. So selamat... boleh guna sebagai krim harian muka juga.

3) FRESH MOISTURIZING SOAP / MULTI  WASH

Sabun Hypoallergenic, guna masa mandi dan untuk basuh muka. Sabun ni diperbuat drp Glycerine, Virgin coconut oil, olive oil, herbs extract, Vit A, Vit E.

Fresh soap mengandungi Oats manakala Multi Wash mengandungi susu beras. Kedua dua bahan ini penting untuk kecantikkan. Oat menyerap lebihan minyak, manakala Susu beras mencerahkan kulit.


KATA PELANGGAN

Terima kasih kepada para pengguna dan diatas respon yang baik mengatakan Sooth (Herbal) Cream, Serum Collagen dan Fresh Moisturizing Soap memnbuatkan wajah mereka lebih Bersih, Cerah dan Hilang gatal-gatal dan resdung.





Thursday, November 21, 2024

5 PUNCA ''KULIT KERING'' DAN RAWATAN

SIMPTOM-SIMPTOM KULIT KERING

Kulit kering atau lebih dikenali sebagai xerosis di dalam bahasa perubatan merupakan masalah lazim yang dialami oleh kebanyakan individu1. Antara simptom yang sering dikaitkan dengan permasalahan ini adalah:

  1. Kulit terasa tegang (terutamanya selepas mandi dan berenang)
  2. Kulit kelihatan kasar
  3. Gatal-gatal
  4. Kulit mengelupas dan merekah
  5. Kulit berwarna seakan kekelabuan
  6. Kemerahan


PUNCA KULIT KERING

  1. CUACA SEJUK. Jika anda tinggal di negara yang mempunyai empat musim, keadaan kulit akan menjadi lebih kering terutamanya pada musim sejuk. Ini berikutan penurunan suhu persekitaran dan kadar kelembapan rendah yang mempengaruhi keupayaan kulit untuk mengekalkan kelembapan badan.
  2. MANDI AIR PANAS. Sifat air panas yang berupaya untuk menarik keluar lembapan dan minyak daripada permukaan kulit
  3. BAHAN KIMIA DALAM SABUN DAN PENCUCI. Kebanyakan gel mandian, syampu, sabun pencuci baju dan sabun buku dihasilkan khas untuk membuang minyak pada permukaan kulit.
  4. DERMATITIS. Masalah keradangan kulit (dermatitis) juga boleh menyebabkan kulit anda kering. Antara masalah keradangan kulit yang sering terjadi adalah: Allergy, Seborea, Ekzema, Iritasi.
  5. PENUAAN. Dengan bertambahnya usia kulit mudah kering, kerana berkurangnya penghasilan sebum pada kulit.


RAWATAN

Guna Pelembap pada kulit. Pelembap boleh membantu untuk mengurangkan masalah kulit kering dan kegatalan. Pelembap dapat memastikan kulit kekal terhidrat serta berperanan mengunci lembapan pada kulit supaya ia kekal tahan lebih lama.

Guna Sabun atau Pencuci yang mild,  pH sekitar 5.5-9 dan bebas pewangi.

Kami mencadangkan anda menggunakan Serum Collagen Najlaa sebagai pelembap, kerana ia mempunyai gel aloe vera yang bagus untuk kulit, serta collagen yang dapat menganjalkan kulit, serta sabun Fresh Moisturizing Soap atau Multi Wash sebagai cucian badan. Ada pengguna yang menggunakan minyak Nutrien Oil sebagai pelembap, ia pilihan yang baik.




Wednesday, November 20, 2024

TIPS UNTUK KULIT ''SENSITIF''

Kulit sensitif terjadi akibat tindak balas kulit terhadap kandungan produk-produk yang digunakan pada kulit sama ada produk cucian, wangian , solekan dan sebagainya. Sesetengah orang bukan sahaja sensitif terhadap produk yang diaplikasikan pada kulit, malah juga terhadap persekitaran. 

Mereka yang mempunyai kulit sensitif boleh mengalami 1) keradangan, 2) kegatalan dan 3) gejala-gejala lain seperti bengkak, selepas terdedah kepada bahan tertentu. 

PUNCA KULIT SENSITIF

Pelbagai punca boleh dikaitkan dengan masalah kulit sensitif, seperti:

  1. Terdedah kepada cahaya matahari
  2. Terdedah kepada partikel halus di udara
  3. Cecair atau bahan kimia
  4. Hormon
  5. Cuaca dan suhu
  6. Penyakit kulit seperti ekzema, dermatitis, rosacae
  7. Ubat-ubatan

RAWATAN KULIT SENSITIF

  1. Guna Produk Hypoallergenic. Menggunakan produk yang sesuai dengan jenis kulit biasanya dapat mengatasi masalah kulit yang dialami, sabun yang pH Sekitar 5.5-7.5, dan kosmetik semulajadi
  2. Kulit yang kering merupakan salah satu punca masalah kulit menjadi sensitif. Perkara ini boleh diatasi dengan menggunakan pelembap kulit.
  3. Terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari boleh menyebabkan reaksi pada kulit anda seperti sunburn, menjadikan kulit sensitif.

TIPS KULIT SENSITIF

  1. Mandi menggunakan air sejuk atau air suam. Elakkan dari menggunakan air yang terlalu panas.
  2. Gunakan sabun formulasi khas untuk kulit sensitif dan sabun yang tidak mengandungi wangian.
  3. Gunakan essential oil untuk menggantikan minyak wangi.
  4. Gunakan sabun pencuci pakaian yang lembut dan tidak mengandungi wangian.
  5. Keringkan kulit anda dengan hanya menekap tuala kepada badan untuk mengurangkan geseran tuala pada kulit.
  6. Menggunakan pelembap selepas mengeringkan kulit.
  7. Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Sabun pelembap semulajadi Fresh Moisturizing Soap dan Nourish Lotion.


5 SEBAB KULIT AIR PADA KAKI DAN RAWATANNYA

APAKAH KULAT AIR ?

Kulat air, kutu air atau kaki atlet adalah nama untuk satu penyakit yang sama. Untuk pengetahuan, sebenarnya penyakit kulat air atau dalam perubatan digelar tinae pedis adalah masalah kulit yang kebiasaanya terjadi pada bahagian kaki terutamanya bahagian celah kaki disebabkan oleh kulat. Jenis kulat yang menyebabkan perkara ini dikenali sebagai dermatophytes atau lebih tepat lagi trichophyton.


SIMPTOM-SIMPTOM 

Seperti yang dinyatakan di awal artikel ini bahawa kulat air berpunca daripada jangkitan kulat atau fungus yang membiak pada lapisan kulit terutamanya di bahagian kaki. Kulat air dapat dikenal pasti melalui beberapa tanda dan gejala umum. Antaranya termasuklah:

  1. Rasa gatal, menyengat dan terbakar di celah jari kaki atau di tapak kaki
  2. Terdapat luka pada kaki anda yang menjadi gatal
  3. Kulit di celah jari kaki dan tapak kaki mengelupas 
  4. Kulit tapak kaki kering
  5. Kulit kaki melecet 
  6. Kuku kaki rapuh dan berubah warna
  7. Kuku jari kaki mudah tertanggal


PUNCA KULAT AIR

  1. Jangkitan kulat. Bahagian anggota yang sering terlindung dan sentiasa dalam keadaan lembap seperti celahan jari.
  2. Sentuhan, dengan pesakit yang dijangkiti kulat air.
  3. Jangkitan kulat air menjadi aktif pada persekitaran panas dan lembap. 
  4. Pemakaian kasut yang ketat menyebabkan pengaliran udara yang tidak baik serta peningkatan perpeluhan juga menyebabkan berlakunya jangkitan ini.
  5. Merebak ke bahagian anggota badan yang lain sekiranya pesakit menggaru bahagian yang dijangkiti kulat air dan menyentuh bahagian badan yang lain tanpa membasuh tangan.

GOLONGAN BERISIKO

  1. Berkongsi peralatan peribadi seperti stoking, kasut atau tuala dengan orang yang dijangkiti kulat air
  2. Pemakaian kasut yang ketat dan tiada pengudaraan yang baik
  3. Membiarkan kaki dalam keadaan basah untuk tempoh masa yang panjang
  4. Mempunyai masalah kaki berpeluh
  5. Mengalami kecederaan pada kulit 


RAWATAN

  1. Ubat sapu (topikal) Anti-Kulat yang boleh didapati di Farmasi
  2. Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Nourish Lotion untuk menentang penyakit Kulat Air, Nourish Lotion mengandungi sebatian mineral yang bersifat kesembuhan.


PENCEGAHAN

  1. Pastikan kaki bersih dan kering
  2. Elak memakai kasut atau stokin yang lembap
  3. Pakai stokin jenis kapas atau mudah kering
  4. Jangan berkongsi tauala, kasut sukan, stokin dengan orang lain


Credit: Doctor On Call

Tuesday, November 19, 2024

CARA "BERKESAN" HILANGKAN KERAK KEPALA BAYI

Kerak kepala atau Cradle Cap, saintifiknya dikenal sebagai Dermatitis seboroik biasanya berlaku kepada bayi baru lahir.

PUNCA KERAK KEPALA

  1. Akibat peradangan dan menyebabkan penghasilan minyak berlebihan pada kulit kepala bayi. 
  2. Juga boleh dipengaruhi oleh infeksi Pityrosporum kerana bayi mempunyai sistem imun yang tidak kuat.
  3. Selain itu berpunca daripada kebersihan bayi yang tidak dijaga dengan baik. Bayi yang baru lahir, kadangkala diselimuti selaput. Apabila tidak dicuci bersih menjadi kerak.
  4. Mungkin bayi terdedah kepada alergen dan menyebabkan alergi

CARA MENGATASI

  1. Sapu Nutrien Oil Najlaa, biarkan sementara untuk melembutkan kerak kepala
  2. Mandikan bayi dengan air suam dan basuh dengan Multi Wash Najlaa, gunakan kain lembut untuk membuang keruping
  3. Setelah mandi boleh sapukan Nutrien Oil untuk melembapkan kulit kepala dan meransang pertumbuhan rambut
  4. Jangan cabut keruping yang tidak dilembutkan dahulu, bimbang menyebabkan luka dan radang pada kulit kepala bayi
Jom baca kisah Pengguna kami:


5 TIPS MEMBANTU MASALAH BAYI KEMBUNG PERUT

Secara purata seorang bayi akan mengeluarkan angin antara 13 hingga 21 kali setiap hari. Punca bayi kembung perut sering disebabkan masalah angin dan biasanya ia tidak memerlukan sebarang rawatan perubatan khas.

PUNCA KEMBUNG PERUT BAYI

  1. Gas atau berangin perkara normal untuk terjadi pada bayi usia 1 hingga 4 bulan. Keadaan ini disebabkan oleh sistem pencernaannya yang masih dalam proses perkembangan.
  2. Banyak perkara boleh mengakibatkan bayi mengalami perut berangin. Bayi akan menelan udara ketika menangis, menghisap puting dan menyusu - sama ada terus daripada ibu atau botol susu.
  3. Perut si kecil juga boleh menjadi berangin kerana menelan udara berlebihan apabila berada dalam posisi penyusuan yang salah, menyusu terlalu banyak atau mengalami sembelit.
  4. Bayi baru lahir juga mungkin mempunyai alahan atau intoleransi terhadap bahan dalam susu formula atau susu ibu yang mengakibatkan perut berangin.
  5. Makanan turut jadi punca bayi kembung perut
  6. Bagi ibu menyusu, sesetengah makanan yang anda makan turut menjadi punca bayi mengalami kembung. 
Contoh makanan seperti: MAKANAN TINGGI SERAT, terutamanya makanan yang mengandungi bran - lapisan luar bijirin yang keras. BUAH. seperti aprikot, pic, prun, pir dan plum, Buah sitrus, SAYURAN HIJAU seperti brokoli, asparagus dan kubis, SAYURAN BERKANJI seperti kentang, MAKANAN BERKANJI seperti pasta, PRODUK tenusu, Coklat, minuman soda dan kafein


TIPS MEMBANTU MASALAH BAYI KEMBUNG

Para ibu boleh mencuba petua berikut bagi membantu melegakan keadaan perut bayi kembung dan sering mengeluarkan angin:

1. Tukar peralatan penyusuan bantu atasi punca bayi kembung perut

Jika perut bayi menjadi berangin disebabkan penyusuan botol, cubalah pelbagai jenis puting susu dan kombinasi botol.

Puting lembut, berkontur di sepanjang bibir dan mulut bayi dapat membantu mengelakkan aliran udara berlebihan semasa bayi menyusu.

Pastikan juga aliran susu yang mengalir adalah perlahan untuk membolehkan bayi mempunyai cukup masa menyusu tanpa menghisap susu secara berlebihan.

Masa menyusu terbaik adalah antara 20 minit hingga 1 jam. Jika si kecil menghabiskan susu dalam tempoh 5 minit, bermakna mereka menghisap dengan cepat dan menelan udara berlebihan.

2. Posisi penyusuan

Semasa menyusu badan atau susu formula, kedudukan penyusuan juga memainkan peranan penting atau ia boleh menjadi punca bayi kembung perut.

Penting untuk memastikan kedudukan kepala si manja lebih tinggi berbanding perut mereka.

Kedudukan ini juga membantu susu bergerak ke bahagian bawah perut dan menolak udara ke atas yang membolehkan si manja bersendawa.

3. Sendawakan si manja atasi punca bayi kembung perut lepas menyusu

Salah satu cara terbaik untuk mengeluarkan gas yang terperangkap dalam perut bayi adalah dengan membedung si manja semasa menyusu dan selepas penyusuan.

Selain itu, sebaiknya tunggu bayi berehat semasa menyusu sebelum cuba menyendawakan mereka. Jika tidak mereka mungkin akan meragam, menangis dan akhirnya menelan lebih banyak udara.

Gunakan posisi sendawa yang paling selesa bagi mereka, 1) Di Bahu, 2) Di Paha atau 3) Dalam Posisi Duduk. Melakukan urutan juga dapat membantu menghilangkan gas pada bayi anda.

4. Pemilihan makanan bersesuaian

Jika bayi sudah mula mengambil makanan pejal, berbincanglah dengan doktor untuk mengetahui lebih lanjut mengenai makanan yang boleh menyebabkan gas tambahan.

Sekiranya melakukan penyusuan eksklusif, anda juga perlu menjaga pemakanan kerana apa yang dimakan turut menyumbang kepada punca bayi kembung perut.

Seandainya bayi minum susu formula, cubalah untuk menukar jenama lain. Jika tidak pasti, berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu.

5. Herbal Oil. Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan minyak Telon Herbal Oil, sebagai urutan. Kandungan ektraks herba dan menthol bagi mengeluarkan angin dalam badan bayi.






* Artikel asal disiarkan di Pa&Ma.

6 PUNCA BAYI MENANGIS PANJANG (KOLIK) DAN RAWATAN

Apa itu Kolik Bayi?

Kolik bayi adalah keadaan di mana bayi terus menangis atau tidak berhenti menangis tanpa sebab yang jelas semasa 3 bulan pertama sejak lahir. Bayi dengan kolik biasanya akan menangis melebihi 3 jam sehari selama lebih 3 hari seminggu dan beransur kurang pada umur 3 hingga 4 bulan.

Apakah Simptom-simptom Kolik Bayi?

Bayi dengan kolik amat kuat menangis, dengan kaki dinaikkan ke perut, tangan digenggam, belakang melengkung, dan mungkin mengalami perut kembung. Tangisan mungkin berhenti sebaik sahaja bayi mengeluarkan angin atau membuang air besar.

Apakah Punca Kolik Bayi?

Punca kolik bayi tidak diketahui. Namun, faktor-faktor berikut mungkin menyumbang kepadanya:

  1. Tidak selesa kerana gas
  2. Lapar 
  3. Terlebih makan
  4. Tiada toleransi terhadap makanan spesifik atau protein tertentu dalam susu ibu atau susu formula
  5. Bertindak balas kepada rangsangan tertentu
  6. Respons emosi seperti takut, kecewa, mahupun teruja

Bagaimana Kolik Bayi Didiagnosis?

Kolik biasanya didiagnosis sebaik sahaja ia berlanjutan sehingga tiga hingga empat bulan. Awasi waktu bayi anda menangis, waktu dia tidur, makanan yang diambil dan berapa kerap, serta corak membuang air besar bayi anda. Doktor juga akan melakukan pemeriksaan fizikal dan beberapa ujian untuk memastikan bayi anda tidak mempunyai masalah perubatan yang lain seperti hernia, refluks gastroesofagus, atau intususepsi.

Perkara yang perlu dielak

Menggoncang badan bayi anda dengan kuat.

Air herba Gripe, yang sering dipasarkan sebagai penawar kolik, ada dikaitkan dengan masalah keselamatan. Sesetengah jenis telah didapati mengandungi bahan berbahaya seperti unsur kaca dan alkohol. Begitu juga dengan larutan homeopati kolosin (terdapat dalam tablet kolik Cocyntal dan Hyland), yang juga didapati mengandungi ramuan berbahaya, termasuk alkohol.

Bila untuk Berjumpa dengan Doktor kerana Kolik?

  1. Anda perlu segera berjumpa dengan doktor jika mana-mana perkara berikut berlaku:
  2. Bayi terus menangis selama 2 jam, dan anda tidak boleh meredakannya.
  3. Bayi mengalami kolik, dan tiada benda yang boleh meredakannya.
  4. Bayi masih mengalami simptom kolik selepas berumur 4 bulan.
  5. Bayi demam dan patut dibawa ke jabatan A&E. 
  6. Bayi selalu enggan makan atau minum, muntah berlebihan, jarang membuang air kecil, membuang air besar berdarah, atau menunjukkan perubahan sikap seperti lesu atau kurang responsif.
  7. Jika anda rasa terbeban atau berfikiran untuk mencederakan bayi anda, segera dapatkan bantuan.

Bagaimana Kolik Bayi Dirawat?

Bayi anda tidak perlu segera dibawa berjumpa dengan doktor untuk masalah kolik. Hubungi doktor anda untuk mendapatkan nasihat dan sokongan. Anda boleh mencuba teknik meredakan bayi dengan kolik tetapi ingat untuk mengelakkan tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaannya.

Perkara yang perlu dibuat

  1. Mainkan muzik atau bunyi yang menenangkan. 
  2. Pujuk perlahan-lahan.
  3. Usap kepala bayi anda perlahan-lahan.
  4. Balut bayi anda dengan rapi dan peluknya agar selesa.
  5. Pertimbangkan untuk memberi anak anda makan dalam kedudukan tegak (duduk).
  6. Sendawakan bayi anda selepas makan.
  7. Mandikan bayi anda dengan air suam.
  8. Bawa bayi anda berjalan menaiki kereta.
  9. Bawa bayi berjalan dalam kereta sorong.
  10. Cuba letak tuala suam pada perut bayi anda.
  11. Berikan makan seperti biasa.
  12. Untuk bayi yang minum susu botol, cuba formula lain selama 1 minggu.
  13. Ibu boleh mengamalkan diet hipoalergenik.
  14. Urut badan bayi.
  15. Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Herbal Oil dan Essence Rub (Baby Balm) untuk urutan pada badan bayi bagi mengelakkan kembung dan mengamankan bayi.


credit : Hospital Pantai

Monday, November 18, 2024

3 CARA UNTUK BUANG '' KAHAK '' BAYI

PUNCA KAHAK 

Kahak adalah Lendir yang terdapat pada tekak, apabila berlakunya jangkitan kuman atau allergy atau selsema atau penyakit pernafasan, kahak menjadi banyak dan menganggu pernafasan. Diikuti simptoms selsema dan batuk yang membuatkan keadaan lebih buruk.

KENALI JENIS KAHAK BAYI

Perubahan warna pada lendir

Memahami perubahan pada warna lendir juga penting sebelum anda mengetahui cara buang kahak bayi. Inilah yang perlu diperhatikan:

  1. Lendir JERNIH- Bayi dalam keadaan baik
  2. Lendir PUTIH atau KELABU yang lebih pekat- Mungkin okay atau mungkin disebabkan oleh kesesakan sinus (sinus congestion)
  3. Lendir KUNING- Bayi mungkin mengalami selesema ringan atau mengalami dehidrasi 
  4. Lendir hijau hingga coklat- Ini boleh membimbangkan kerana jangkitan bakteria atau virus boleh mengubah lendir menjadi warna kehijauan
  5. Lendir merah atau coklat- Bayi mungkin mempunyai darah atau kotoran dalam lendirnya dan perlu diperiksa segera

AKIBAT KAHAK PADA BAYI

Lendir yang terlalu banyak boleh menyebabkan rasa tidak selesa pada bayi, sukar bernafas dan tidur. Anda mungkin menyedari bayi bernafas cepat atau nafas berbunyi. Anak juga mungkin bersin, batuk atau muntah kerana tubuh sedang cuba mengeluarkan kahak.

BUANG KAHAK DENGAN SUCTION BULB (PENYEDUT HINGUS)

  1. Basuh suction Bulb dengan air panas untuk pastikan sterile. Tangan anda juga bersih
  2. Letakkan bayi dalam kedudukan kepala lebih rendah daripada dada mereka.
  3. Jauhkan penyedut daripada muka bayi dan picit keluar udara di dalamnya.
  4. Masih dalam posisi memicit penyedut, perlahan-lahan letakkan bahagian hujungnya ke dalam lubang hidung bayi atau bahagian dalam mulut si kecil. Jangan masukkan hujung penyedut terlalu dalam.
  5. Perlahan-lahan buka picitan pada penyedut – apabila udara disedut ke dalam, lendir atau kahak baby newborn juga akan ditarik bersama.
  6. Kosongkan penyedut dengan memicit keluar lendir di dalam mangkuk atau sinki. Bersihkan penyedut dengan menyedut dan memerah air steril beberapa kali.
  7. Ulangi langkah sama (4 hingga 6) pada bahagian lubang hidung atau mulut bayi yang lain.
  8. Bersihkan suction bulb dengan menggunakan air mendidih selepas selesai dan pastikan ia dikeringkan sepenuhnya untuk penyimpanan bagi mengelakkan pertumbuhan kulat.

BUANG KAHAK DENGAN TEKNIK PERCUSSION

Selain menggunakan penyedut hingus, cara buang kahak bayi yang turut boleh anda cuba adalah dengan melakukan tepukan lembut Percussion pada bahagian belakang si kecil untuk melonggarkan kahak bagi membuangnya.
  1. Baringkan bayi secara meniarap di atas lutut atau anda juga boleh meletakkan bayi dalam kedudukan duduk mencondong 30° ke hadapan.
  2. Lakukan tepukan perlahan belakang badan mereka dengan tangan yang ditekup.
  3. Semasa menepuk, pastikan anda hanya menepuk pada bahagian paru-paru dan elakkan menepuk bahagian tulang belakang atau perut si kecil.

PRODUK PENJAGAAN BAYI

Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Essence Rub (Baby Balm) dan Herbal Oil untuk mengurangkan masalah Kahak pada bayi. Kandungan herba eklusif didalam produk membantu bayi hidup lebih sihat.







5 PUNCA KAHAK DAN CARA HILANGKAN DARI TEKAK

APAKAH KAHAK DAN FUNGSINYA

Untuk pengetahuan anda semua, tubuh badan manusia akan sentiasa menghasilkan sejenis cecair berbentuk lendir atau mukus yang berada di bahagian mulut, hidung, tekak dan paru-paru!, Kahak (phlegm) adalah sejenis membran cecair yang dihasilkan oleh paru-paru untuk melindungi sistem pernafasan individu daripada mikrob, alergen dan bendasing lain daripada memasuki badan. Ketika sedang sihat, individu mungkin tidak akan perasan kewujudan cecair ini tetapi kahak bakal menjadi sedikit pekat, likat serta berlegar di sekitar kerongkong apabila badan mula jatuh sakit.


PUNCA KAHAK

Ada beberapa punca kahak di tekak mula berkumpul dengan banyak seperti berikut:

  1. Jangkitan mikrob seperti bakteria dan virus
  2. Alahan alergen seperti habuk dan debunga
  3. Kemasukan bendasing seperti serangga atau haiwan kecil
  4. Masalah kesihatan pada sistem pernafasan termasuk asma, resdung, pneumonia, broncholitis
  5. Tabiat menghisap rokok, vape atau pod

RAWATAN KAHAK
  1. Ludah kahak keluar untuk mengelakkan ia berkumpul banyak dalam badan
  2. Ambil gula-gula dingin seperti Strepsils
  3. Minum air suam atau Teh Suam bersama Lemon dan madu
  4. Berhenti merokok
  5. Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Essence Rub (Balm Najlaa) dan Herbal Oil untuk melonggar dan mengeluarkan kahak.


5 PUNCA JERAWAT DAN CARA RAWATAN

Jerawat adalah suatu penyakit kulit yang cukup besar jumlah penderitanya. Kligmann, seorang peneliti masalah jerawat ternama di dunia berpendapat,"Tidak ada seorang pun manusia melewati hidupnya tanpa masalah ini, punca utama adalah kerana perubahan Hormon.

PUNCA 

  1. Jerawat adalah kondisi abnormal kulit akibat gangguan berlebihan produksi kelenjar minyak (sebaceus gland) yang menyebabkan penyumbatan saluran folikel rambut dan pori-pori kulit. 
  2. Penyebab jerawat yang paling umum adalah hormon, tumpukan minyak atau sebum di kulit berkolaborasi dengan bakteria. Faktor genetik juga memengaruhi produksi sebum setiap individu sekitar 50-90%.
  3. Umumnya, jerawat disebabkan oleh kelebihan kelenjar minyak yang diaktifkan hormon androgen. Kelenjar minyak yang berlebih tersebut bercampur dengan sel kulit mati, tersumbat dan menjadi jerawat
  4. Yang membuat masalah semakin rumit, bakteria biasanya ada di kulit, yang disebut P. acne, yang cenderung berkembang biak di dalam kelenjar sebaceous yang tersumbat, yang menghasilkan zat-zat yang menimbulkan iritasi daerah sekitarnya.
  5. Penyumbatan pori-pori sering kali terjadi oleh penggunaan kosmetik yang mengandung banyak minyak atau penggunaan bedak yang menyatu dengan foundation. Foundation yang terkandung pada bedak menyebabkan habuk bedak mudah menyumbat pori-pori.

RAWATAN

  1. Anda boleh menggunakan cream anti-acne yang terdapat dikaunter atau kaedah perubatan
  2. Secara tradisi. Petua menggunakan Masker Lidah Buaya dan Masker kunyit
  3. Pati Minyak Tea Tree Oil bersifat anti-jerawat
  4. 5Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Set Sooth (Herbal) Cream, Fresh Moisturizing Soap, dan Serum Collagen Najlaa. Jom lihat kisah mereka: 


 

Sunday, November 17, 2024

5 PUNCA JERAGAT DAN PENYELESAIANNYA

Melasma di wajah (juga dipanggil chloasma) adalah sejenis penyakit kulit yang ditandai dengan munculnya tompok-tompok hiperpigmentasi atau jeragat. Ia juga berlaku dikawasan yang terdedah kepada sinar matahari seperti diwajah dan leher.

PUNCA JERAGAT

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan jeragat, Anataranya :

1- Melasma terjadi ketika melanosit (sel penghasil pigmen di kulit) memproduksi terlalu banyak pigmen.

2- Sementara itu, punca utama munculnya jeragat adalah disebabkan radiasi, baik dari sinar ultraviolet atau inframerah.

3- Sinar ultraviolet (UV) dari paparan sinar matahari dapat merangsang sel melanosit. Bahkan, hanya sejumlah kecil paparan UV yang dapat membuat melasma kembali setelah menghilang. 

4- Selain sinar UV, perubahan hormon juga kerap menjadi punca jeragat, terutama pada ibu hamil. Kerana peningkatan kadar estrogen, progesteron.

5- Penggunaan kosmetik. Barangan kosmetik yang menutup pori-pori kulit boleh menyebabkan ianya tersumbat, kekurangan oksigen, dan sel mati. Menyebabkan kulit kehitam-hitaman.


RAWATAN MELASMA

1- Pakar Kulit. Berjumpa dengan pakar kulit untuk mendapatkan rawatan tertentu bagi menhilangkan jeragat

2- Rawatan Tradisi. Boleh menggunakan Lidah buaya, Vitamin C, Ektraks kunyit dan sebagainya sebagai masker wajah

3- Serum Collagen. Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Serum Collagen, yang mengandungi kolagen ikan, vitamin A, C, E dan penapis sinar cahaya matahari untuk mengurangkan masalah jeragat dan mencatikkan wajah.

4- Guna Sunblock ketika keluar rumah untuk mencegah sinaran UV

5- Jika kulit anda kering, guna pelembap atau moisturizer di Najlaa Baby Skincare anda boleh menggunakan Serum Collagen sebagai pelembap dan Fresh Moisturizing Soap sebagai sabun muka.



PUNCA KETIAK BERBAU DAN CARA MENGATASINYA

PUNCA BAU KETIAK

Bau ketiak berpunca daripada:

1- PELUH. Apabila banyak melakukan aktiviti kecergasan badan akan mengeluarkan peluh yang biasanya mempunyai bau akibat aktiviti bakteria.

2- MAKANAN. Makanan yang berbau seperti petai, bawang, ikan kering akan menyebabkan badan berbau

3- MANDI. Mandi dapat menhilangkan kotoron badan dan bau. Orang malas mandi biasanya badan berbau

4- PAKAIAN. Pakaian yang jarang ditukar akan menyebabkan bau.


CARA MENGATASINYA

1- Mandi dengan betul. Menggunakan sabun yang wangi dan mandi bersih.

2- Salin Pakaian yang terkena peluh

3- Jaga Pemakanan. Elakkan makanan yang berbau

4- Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Serum Collagen dan Nourishing Lotion untuk menghentikan bau ketiak busuk. Ianya sangat berkesan.




Saturday, November 16, 2024

4 PUNCA HIDUNG TERSUMBAT DAN RAWATAN

Apabila hidung tersumbat, menjadi sukar untuk bernafas. Kadangkala menyebabkan implikasi lain seperti sakit kepala. Apakah yang menyebabkan Hidung Tersumbat ?

PUNCA

Akibat penggumpulan lendir akibat selsema dan sebagainya. Disebabkan iritasi dan peradangan dalam saluran hidung. Hidung mempunyai jaringan pembuluh darah berkatup yang boleh membuka dan menutup. Apabila iritasi, sistem saraf menyebabkan katup pembuluh darah terbuka, membuatkan volume darah mengalir ke dalam hidung lebih banyak. Menyebabkan pembengkakkan dalam saluran hidung sehingga rasa tersumbat.

1. FLU INFLUENZA

Flu atau influenza adalah gangguan pernapasan yang disebabkan oleh infeksi virus influenza. Ketika tubuh terserang virus flu, selaput lendir di dalam hidung dapat mengalami peradangan dan pembengkakan. Inilah mengapa orang yang mengalami flu kerap mengeluhkan hidungnya mampet.

2. COMMON COLD (BATUK SELSEMA)

Dikenali sebagai selsema biasa, tidak seperti flu biasanya common cold disebabkan Rhinovirus dan gejalanya lebih ringan.

3. ALERGY

Apabila badan terdedah kepada Alergen seperti debunga, makanan, ubat-ubatan dan sebagainya, sistem imun badan akan berreaksi yakni menyebabkan bersin, mata gatal, tenggorokkan sakit dan batuk.

4. RESDUNG

Resdung atau Sinusitis adalah infeksi yang terjadi pada sinus atau rongga di sekitar saluran hidung. Infeksi ini menyebabkan peradangan dan menghasilkan lendir berlebih sehingga hidung rasa tersumbat.

RAWATAN

1- Matikan Air Cond. Udara lebih panas mengurangkan gejala hidung tersumbat

2- Mandi air hangat atau Sauna Muka. Wap udara panas bantu mengurangkan gejala hidung tersumbat. Masukkan air panas ke dalam bekas seperti mangkuk atau gayung, hadapkan muka pada bekas tersebut. Untuk kesan lebih baik air panas boleh dicampur dengan menthol dan eucalyptus oil. Mandi air hangat juga memberi kesan sama. 

3- Semburan Saline. Kandungan saline yang mengandungi dekongestan, seperti oxymetazoline (oksimetazolin) boleh membantu mengurangkan lendir dalam hidung. dapatkan difarmasi

4- Ubat. 1-Apabila hidung tersumbat juga disertai batuk, Anda minum ubat batuk yang mengandung dextromethorphan dan doxylamine succinate yang efektif untuk batuk kering dan berdahak. 2- Jika hidung tersumbat disebabkan Allergy, boleh ambil ubat anti-histamine.

5- Essence Rub (Balm). Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Essence Rub atau Balm Najlaa untuk mengatasi masalah hidung tersumbat. Kerana Essence Rub mengandungi Menthol, Eucalyptus Oil serta kandungan herba lain yang mengurangkan gejala hidung tersumbat dan membantu anda hidup lebih sihat. InsyaAllah.