APAKAH KAHAK DAN FUNGSINYA
Untuk pengetahuan anda semua, tubuh badan manusia akan sentiasa menghasilkan sejenis cecair berbentuk lendir atau mukus yang berada di bahagian mulut, hidung, tekak dan paru-paru!, Kahak (phlegm) adalah sejenis membran cecair yang dihasilkan oleh paru-paru untuk melindungi sistem pernafasan individu daripada mikrob, alergen dan bendasing lain daripada memasuki badan. Ketika sedang sihat, individu mungkin tidak akan perasan kewujudan cecair ini tetapi kahak bakal menjadi sedikit pekat, likat serta berlegar di sekitar kerongkong apabila badan mula jatuh sakit.
PUNCA KAHAK
Ada beberapa punca kahak di tekak mula berkumpul dengan banyak seperti berikut:
- Jangkitan mikrob seperti bakteria dan virus
- Alahan alergen seperti habuk dan debunga
- Kemasukan bendasing seperti serangga atau haiwan kecil
- Masalah kesihatan pada sistem pernafasan termasuk asma, resdung, pneumonia, broncholitis
- Tabiat menghisap rokok, vape atau pod
RAWATAN KAHAK
- Ludah kahak keluar untuk mengelakkan ia berkumpul banyak dalam badan
- Ambil gula-gula dingin seperti Strepsils
- Minum air suam atau Teh Suam bersama Lemon dan madu
- Berhenti merokok
- Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Essence Rub (Balm Najlaa) dan Herbal Oil untuk melonggar dan mengeluarkan kahak.
No comments:
Post a Comment