PUNCA KAHAK
Kahak adalah Lendir yang terdapat pada tekak, apabila berlakunya jangkitan kuman atau allergy atau selsema atau penyakit pernafasan, kahak menjadi banyak dan menganggu pernafasan. Diikuti simptoms selsema dan batuk yang membuatkan keadaan lebih buruk.
KENALI JENIS KAHAK BAYI
Perubahan warna pada lendir
Memahami perubahan pada warna lendir juga penting sebelum anda mengetahui cara buang kahak bayi. Inilah yang perlu diperhatikan:
- Lendir JERNIH- Bayi dalam keadaan baik
- Lendir PUTIH atau KELABU yang lebih pekat- Mungkin okay atau mungkin disebabkan oleh kesesakan sinus (sinus congestion)
- Lendir KUNING- Bayi mungkin mengalami selesema ringan atau mengalami dehidrasi
- Lendir hijau hingga coklat- Ini boleh membimbangkan kerana jangkitan bakteria atau virus boleh mengubah lendir menjadi warna kehijauan
- Lendir merah atau coklat- Bayi mungkin mempunyai darah atau kotoran dalam lendirnya dan perlu diperiksa segera
AKIBAT KAHAK PADA BAYI
Lendir yang terlalu banyak boleh menyebabkan rasa tidak selesa pada bayi, sukar bernafas dan tidur. Anda mungkin menyedari bayi bernafas cepat atau nafas berbunyi. Anak juga mungkin bersin, batuk atau muntah kerana tubuh sedang cuba mengeluarkan kahak.
BUANG KAHAK DENGAN SUCTION BULB (PENYEDUT HINGUS)
- Basuh suction Bulb dengan air panas untuk pastikan sterile. Tangan anda juga bersih
- Letakkan bayi dalam kedudukan kepala lebih rendah daripada dada mereka.
- Jauhkan penyedut daripada muka bayi dan picit keluar udara di dalamnya.
- Masih dalam posisi memicit penyedut, perlahan-lahan letakkan bahagian hujungnya ke dalam lubang hidung bayi atau bahagian dalam mulut si kecil. Jangan masukkan hujung penyedut terlalu dalam.
- Perlahan-lahan buka picitan pada penyedut – apabila udara disedut ke dalam, lendir atau kahak baby newborn juga akan ditarik bersama.
- Kosongkan penyedut dengan memicit keluar lendir di dalam mangkuk atau sinki. Bersihkan penyedut dengan menyedut dan memerah air steril beberapa kali.
- Ulangi langkah sama (4 hingga 6) pada bahagian lubang hidung atau mulut bayi yang lain.
- Bersihkan suction bulb dengan menggunakan air mendidih selepas selesai dan pastikan ia dikeringkan sepenuhnya untuk penyimpanan bagi mengelakkan pertumbuhan kulat.
BUANG KAHAK DENGAN TEKNIK PERCUSSION
Selain menggunakan penyedut hingus, cara buang kahak bayi yang turut boleh anda cuba adalah dengan melakukan tepukan lembut Percussion pada bahagian belakang si kecil untuk melonggarkan kahak bagi membuangnya.
- Baringkan bayi secara meniarap di atas lutut atau anda juga boleh meletakkan bayi dalam kedudukan duduk mencondong 30° ke hadapan.
- Lakukan tepukan perlahan belakang badan mereka dengan tangan yang ditekup.
- Semasa menepuk, pastikan anda hanya menepuk pada bahagian paru-paru dan elakkan menepuk bahagian tulang belakang atau perut si kecil.
PRODUK PENJAGAAN BAYI
Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Essence Rub (Baby Balm) dan Herbal Oil untuk mengurangkan masalah Kahak pada bayi. Kandungan herba eklusif didalam produk membantu bayi hidup lebih sihat.
No comments:
Post a Comment