Wednesday, November 20, 2024

5 SEBAB KULIT AIR PADA KAKI DAN RAWATANNYA

APAKAH KULAT AIR ?

Kulat air, kutu air atau kaki atlet adalah nama untuk satu penyakit yang sama. Untuk pengetahuan, sebenarnya penyakit kulat air atau dalam perubatan digelar tinae pedis adalah masalah kulit yang kebiasaanya terjadi pada bahagian kaki terutamanya bahagian celah kaki disebabkan oleh kulat. Jenis kulat yang menyebabkan perkara ini dikenali sebagai dermatophytes atau lebih tepat lagi trichophyton.


SIMPTOM-SIMPTOM 

Seperti yang dinyatakan di awal artikel ini bahawa kulat air berpunca daripada jangkitan kulat atau fungus yang membiak pada lapisan kulit terutamanya di bahagian kaki. Kulat air dapat dikenal pasti melalui beberapa tanda dan gejala umum. Antaranya termasuklah:

  1. Rasa gatal, menyengat dan terbakar di celah jari kaki atau di tapak kaki
  2. Terdapat luka pada kaki anda yang menjadi gatal
  3. Kulit di celah jari kaki dan tapak kaki mengelupas 
  4. Kulit tapak kaki kering
  5. Kulit kaki melecet 
  6. Kuku kaki rapuh dan berubah warna
  7. Kuku jari kaki mudah tertanggal


PUNCA KULAT AIR

  1. Jangkitan kulat. Bahagian anggota yang sering terlindung dan sentiasa dalam keadaan lembap seperti celahan jari.
  2. Sentuhan, dengan pesakit yang dijangkiti kulat air.
  3. Jangkitan kulat air menjadi aktif pada persekitaran panas dan lembap. 
  4. Pemakaian kasut yang ketat menyebabkan pengaliran udara yang tidak baik serta peningkatan perpeluhan juga menyebabkan berlakunya jangkitan ini.
  5. Merebak ke bahagian anggota badan yang lain sekiranya pesakit menggaru bahagian yang dijangkiti kulat air dan menyentuh bahagian badan yang lain tanpa membasuh tangan.

GOLONGAN BERISIKO

  1. Berkongsi peralatan peribadi seperti stoking, kasut atau tuala dengan orang yang dijangkiti kulat air
  2. Pemakaian kasut yang ketat dan tiada pengudaraan yang baik
  3. Membiarkan kaki dalam keadaan basah untuk tempoh masa yang panjang
  4. Mempunyai masalah kaki berpeluh
  5. Mengalami kecederaan pada kulit 


RAWATAN

  1. Ubat sapu (topikal) Anti-Kulat yang boleh didapati di Farmasi
  2. Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Nourish Lotion untuk menentang penyakit Kulat Air, Nourish Lotion mengandungi sebatian mineral yang bersifat kesembuhan.


PENCEGAHAN

  1. Pastikan kaki bersih dan kering
  2. Elak memakai kasut atau stokin yang lembap
  3. Pakai stokin jenis kapas atau mudah kering
  4. Jangan berkongsi tauala, kasut sukan, stokin dengan orang lain


Credit: Doctor On Call

No comments:

Post a Comment