Thursday, November 21, 2024

5 PUNCA ''KULIT KERING'' DAN RAWATAN

SIMPTOM-SIMPTOM KULIT KERING

Kulit kering atau lebih dikenali sebagai xerosis di dalam bahasa perubatan merupakan masalah lazim yang dialami oleh kebanyakan individu1. Antara simptom yang sering dikaitkan dengan permasalahan ini adalah:

  1. Kulit terasa tegang (terutamanya selepas mandi dan berenang)
  2. Kulit kelihatan kasar
  3. Gatal-gatal
  4. Kulit mengelupas dan merekah
  5. Kulit berwarna seakan kekelabuan
  6. Kemerahan


PUNCA KULIT KERING

  1. CUACA SEJUK. Jika anda tinggal di negara yang mempunyai empat musim, keadaan kulit akan menjadi lebih kering terutamanya pada musim sejuk. Ini berikutan penurunan suhu persekitaran dan kadar kelembapan rendah yang mempengaruhi keupayaan kulit untuk mengekalkan kelembapan badan.
  2. MANDI AIR PANAS. Sifat air panas yang berupaya untuk menarik keluar lembapan dan minyak daripada permukaan kulit
  3. BAHAN KIMIA DALAM SABUN DAN PENCUCI. Kebanyakan gel mandian, syampu, sabun pencuci baju dan sabun buku dihasilkan khas untuk membuang minyak pada permukaan kulit.
  4. DERMATITIS. Masalah keradangan kulit (dermatitis) juga boleh menyebabkan kulit anda kering. Antara masalah keradangan kulit yang sering terjadi adalah: Allergy, Seborea, Ekzema, Iritasi.
  5. PENUAAN. Dengan bertambahnya usia kulit mudah kering, kerana berkurangnya penghasilan sebum pada kulit.


RAWATAN

Guna Pelembap pada kulit. Pelembap boleh membantu untuk mengurangkan masalah kulit kering dan kegatalan. Pelembap dapat memastikan kulit kekal terhidrat serta berperanan mengunci lembapan pada kulit supaya ia kekal tahan lebih lama.

Guna Sabun atau Pencuci yang mild,  pH sekitar 5.5-9 dan bebas pewangi.

Kami mencadangkan anda menggunakan Serum Collagen Najlaa sebagai pelembap, kerana ia mempunyai gel aloe vera yang bagus untuk kulit, serta collagen yang dapat menganjalkan kulit, serta sabun Fresh Moisturizing Soap atau Multi Wash sebagai cucian badan. Ada pengguna yang menggunakan minyak Nutrien Oil sebagai pelembap, ia pilihan yang baik.




No comments:

Post a Comment