Apabila hidung tersumbat, menjadi sukar untuk bernafas. Kadangkala menyebabkan implikasi lain seperti sakit kepala. Apakah yang menyebabkan Hidung Tersumbat ?
PUNCA
Akibat penggumpulan lendir akibat selsema dan sebagainya. Disebabkan iritasi dan peradangan dalam saluran hidung. Hidung mempunyai jaringan pembuluh darah berkatup yang boleh membuka dan menutup. Apabila iritasi, sistem saraf menyebabkan katup pembuluh darah terbuka, membuatkan volume darah mengalir ke dalam hidung lebih banyak. Menyebabkan pembengkakkan dalam saluran hidung sehingga rasa tersumbat.
1. FLU INFLUENZA
Flu atau influenza adalah gangguan pernapasan yang disebabkan oleh infeksi virus influenza. Ketika tubuh terserang virus flu, selaput lendir di dalam hidung dapat mengalami peradangan dan pembengkakan. Inilah mengapa orang yang mengalami flu kerap mengeluhkan hidungnya mampet.
2. COMMON COLD (BATUK SELSEMA)
Dikenali sebagai selsema biasa, tidak seperti flu biasanya common cold disebabkan Rhinovirus dan gejalanya lebih ringan.
3. ALERGY
Apabila badan terdedah kepada Alergen seperti debunga, makanan, ubat-ubatan dan sebagainya, sistem imun badan akan berreaksi yakni menyebabkan bersin, mata gatal, tenggorokkan sakit dan batuk.
4. RESDUNG
Resdung atau Sinusitis adalah infeksi yang terjadi pada sinus atau rongga di sekitar saluran hidung. Infeksi ini menyebabkan peradangan dan menghasilkan lendir berlebih sehingga hidung rasa tersumbat.
RAWATAN
1- Matikan Air Cond. Udara lebih panas mengurangkan gejala hidung tersumbat
2- Mandi air hangat atau Sauna Muka. Wap udara panas bantu mengurangkan gejala hidung tersumbat. Masukkan air panas ke dalam bekas seperti mangkuk atau gayung, hadapkan muka pada bekas tersebut. Untuk kesan lebih baik air panas boleh dicampur dengan menthol dan eucalyptus oil. Mandi air hangat juga memberi kesan sama.
3- Semburan Saline. Kandungan saline yang mengandungi dekongestan, seperti oxymetazoline (oksimetazolin) boleh membantu mengurangkan lendir dalam hidung. dapatkan difarmasi
4- Ubat. 1-Apabila hidung tersumbat juga disertai batuk, Anda minum ubat batuk yang mengandung dextromethorphan dan doxylamine succinate yang efektif untuk batuk kering dan berdahak. 2- Jika hidung tersumbat disebabkan Allergy, boleh ambil ubat anti-histamine.
5- Essence Rub (Balm). Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Essence Rub atau Balm Najlaa untuk mengatasi masalah hidung tersumbat. Kerana Essence Rub mengandungi Menthol, Eucalyptus Oil serta kandungan herba lain yang mengurangkan gejala hidung tersumbat dan membantu anda hidup lebih sihat. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment