Bengkak Susu berlaku disebabkan susu ibu yang berlebihan dan tidak dikeluarkan melalui penyusuan bayi atau menggunakan pump. Masalah Bengkak SuSu sememangnya satu keadaan yang amat memeritkan. Pada ketika itu, payudara anda terasa amat keras, sangat sensitif terhadap sebarang sentuhan.
Pesakit kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Herbal Oil sebagai teman, untuk melawan kesakitan dan mengurangkan rasa tidak selesa.
Berikut adalah beberapa cara hilangkan bengkak susu tersumbat yang boleh dilakukan di rumah.
- Tuam atau basuh payudara dengan air suam (bukan air panas) bagi membolehkan susu ibu berjalan lancar
- Anda juga boleh memilih untuk mandi dengan air panas dengan menghalakan air panas ke bahagian payudara. Ketika mandi, jangan lupa untuk membuat urutan bengkak susu secara membulat pada bahagian payudara.
- Sebaiknya lakukan penyusuan bayi secara rutin selama dua atau tiga jam sekali. Sekiranya bayi sedang tidur tetapi susu tetap mengalir keluar, anda disyorkan untuk mengepam susu tersebut
- Anda juga boleh membuat urutan bengkak susu secara perlahan pada bahagian payudara supaya susu ibu lebih lancar dan membantu mengurangkan rasa sakit disebabkan bengkak
- Sewaktu bengkak, perah susu dengan tangan. Perbuatan ini dapat membantu mengekalkan kelembutan areola
- Jika bayi anda menyusu secara terus daripada payudara, elakkan mengepam susu terlalu kerap
- Anda juga boleh menuam (tuam) payudara anda dengan air batu sebelum dan selepas menyusukan bayi
- Elakkan dari menggunakan baju dalam yang kecil bagi mengelakkan saluran penyusuan daripada tersumbat
- Jika masalah bengkak yang dialami terlalu menyakitkan, anda boleh memakan ubat yang bersesuaian. Namun, pastikan anda mendapat nasihat dan rundingan daripada doktor terlebih dahulu
No comments:
Post a Comment