Wednesday, November 13, 2024

BENJOL DAN PENDARAHAN DALAM OTAK ANAK

Apabila anak terjatuh dan mengalami hentakan di kepala, saya rasa semua ibu bapa akan menjadi risau.Apabila ada hentakan atau trauma ke kepala ia boleh menyebabkan kecederaan kepada kulit, tengkorak atau/dan otak. Apabila hentakan berlaku, kulit mungkin terkoyak dan menyebabkan pendarahan.

Usaha perlu dilakukan untuk menghentikan pendarahan kerana kesan serius boleh berlaku kepada mangsa jika hilang darah dengan banyak. Apa yang perlu dilakukan sekiranya terdapat luka pada kulit selepas hentakan ialah dengan mengenakan tekanan pada luka dengan menggunakan kain yang bersih. Jika pendarahan tidak berhenti atau luka agak besar, terus bawa mangsa ke klinik .

Selain dari luka ada juga kecederaan kepada kulit kepala yang disusuli dengan benjol sahaja. Benjol tersebut boleh disebabkan oleh bengkak pada kulit atau pun pendarahan di bawah kulit di mana darah berkumpul antara kulit kepala dan tengkorak.Mangsa mungkin akan merasa sakit di tempat benjolan tersebut dan mungkin lebih sakit jika benjol tersebut ditekan. 

‘Cold compress’ atau tuaman sejuk boleh mempercepatkan benjolan tersebut reda/kurang. ‘Hot compress’ atau tuaman panas boleh mengurangkan sakit tetapi harus disusuli dengan tuaman sejuk kerana panas akan menyebabkan cecair tisu bertambah dan bengkak. Darah beku tersebut akan perlahan-lahan diserap balik ke tisu sekeliling dah benjolan/bengkak akan surut dan hilang. Biasanya akan hilang 1-2minggu.

Namun ada hentakkan yang bukan saja menyebabkan luka, dan benjol, tetapi juga pendarahan dalam otak. Hal ini bahaya. Antara simptom-simptom pendarahan dalaman otak atau kecederaan kepada otak adalah :-

  1. Pengsan selepas trauma
  2. Otot menjadi lemah atau sebahagian/semua badan tidak boleh bergerak
  3. Amnesia/Hilang ingatan
  4. Keliru
  5. Sakit kepala dan sakit mata apabila terdedah kepada cahaya
  6. Sawan
  7. Muntah lebih dari sekali
  8. Tidak dapat bercakap dengan betul atau muka menjadi senget sebelah
  9. Darah atau cecair keluar dari hidung atau telinga
  10. ‘Pupils’ atau mata hitam tidak sama saiz
  11. Penglihatan kabur atau nampak objek lebih dari satu

Jika ada simptom-simptom ini janganlah berlengah lagi untuk membawa mangsa ke hospital yang berdekatan. Pesakit kami di Najlaa Baby Skincare, menggunakan Essence Rub (Balm Najlaa) untuk mengurangkan Benjol.



No comments:

Post a Comment