Saturday, November 16, 2024

PUNCA GEGATA ATAU KELOPAK GARAM DAN RAWATAN

Penyakit kulit dengan nama kelopak garam, sopak garam, gegata, urtikaria, ludah jin – ia sama. Untuk pengetahuan anda semua, gegata adalah sejenis kondisi di mana sebahagian kulit menjadi bengkak, merah dan gatal serta boleh terjadi di seluruh tubuh badan. Kebiasaannya, kondisi ini berpunca akibat alergi atau pelbagai lagi faktor risiko yang lain dan mungkin boleh pulih dengan sendiri selepas 24 ke 48 jam jika tidak serius.

JENIS-JENIS

Terdapat dua kategori urtikaria yang utama iaitu sopak garam akut serta sopak garam kronik:

  • Urtikaria akut: Ia terjadi dengan begitu tiba-tiba dan berterusan kurang daripada enam minggu
  • Urtikaria kronik: Ia terjadi bukan dengan tiba-tiba dan berterusan lebih daripada enam minggu

PUNCA

Menurut Pakar Alergi, Dr Miriam Anand, kondisi urtikaria ini mungkin berpunca akibat reaksi alergi yang terjadi kepada kulit disebabkan pelbagai lagi faktor risiko termasuk:
  1. Infeksi bakteria atau virus – Angkara bakteria seperti Heliobacter pylori serta virus hepatitis dan norovirus
  2. Kerap menggaru kulit badan – Terlalu kerap menggaru kulit boleh merengsakan lantas meradangkan kulit, sekali gus menjadi salah satu punca urtikaria
  3. Kerap bersenam dan berpeluh – Terlalu kerap bersenam pula akan membuat anda lebih banyak berpeluh dan ia juga boleh jadi punca kondisi urtikaria
  4. Suhu terlalu sejuk – Iklim atau persekitaran yang sangat sejuk mungkin adalah salah satu daripada punca gegata
  5. Suhu terlalu panas – Iklim atau persekitaran yang sangat panas mungkin adalah salah satu daripada punca sopak garam.

RAWATAN

1- Oleh kerana ia berpunca dari alergi, ubat yang baik adalah anti-histamin
2- Rawatan traditional menggunakan mandian air garam
3- Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan Nourishing Lotion untuk mengatasi masalah gegata


No comments:

Post a Comment