Friday, November 15, 2024

KULIT GATAL, 5 SEBAB MENGAPA TERJADINYA GATAL DAN CARA MENGATASI

Penyakit Kulit Gatal sering terjadi atas gabungan pelbagai faktor. 

SEBAB-SEBAB KULIT GATAL

1- KULIT KERING. Kulit kering disebut juga xerosis, keadaan dimana lapisan  kulit kurang kelempaban samada disebabkan suhu panas kering, atau penggunaan Sabun atau disebabkan dehidrasi. Apabila kulit kering menyebabkan rasa gatal. 

2- ALLERGY. Gatal Kulit muncul jika kulit sensitif atau mengalami reaksi alergi terhadap jenis pakaian, atau tanaman tertentu seperti wol, bahan kimia dalam sabun, dan kosmetik. Hal ini juga kerap disebut dermatitis kontak.

3- PENYAKIT. Gatal kulit berlaku akibat penyakit kulit dan penyakit yang lain seperti impetigo, kudis, ekzema, hepatitis C dan sebagainya.

4- GIGITAN SERANGGA. Apabila digigit nyamuk biasanya rasa gatal akibat air liur serangga tersebut

5- UBAT-UBATAN. Pengambilan ubat-ubatan yang tertentu boleh menyebabkan gatal-gatal pada kulit seperti Aspirin, Ubat Tekanan Darah.


RAWATAN KULIT GATAL

Gatal umumnya dapat hilang melalui perawatan tertentu:

  1. Hindari menggaru-garu kulit gatal, kerana semakin digaru semakin gatal. Garu menyebabkan kulit luka dan mudah terkena jangkitan. 
  2. "Cold Compress" dengan ais batu yang dilapisi kain atau mandi ais 
  3. Jangan gunakan sabun atau produk skincare yang dapat menyebabkan kulit menjadi kering. 
  4. Gunakan pelembab yang tidak mengandung bahan pewangi.
  5. Gunakan pakaian yang longgar dan hindari jenis kain yang menyebabkan gatal, seperti wol.
  6. Pastikan kuku tidak panjang agar tidak menimbulkan iritasi kulit saat menggaru.
  7. Gatal-gatal kulit yang serius hendaklah mendapat ubat anti-gatal difarmasi atau berjumpa doktor untuk rawatan lanjut
  8. Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan beberapa rangkaian produk untuk mengatasi masalah kulit gatal seperti 1) Essence Rub (Baby Balm) 2) Serum Collagen 3) Fresh Moisturizing Soap 4) Sooth (Herbal) Cream.






No comments:

Post a Comment