Hidung merupakan laluan utama yang akan dilalui oleh alergen sebelum ia masuk ke dalam saluran pernafasan. Selepas itu, udara yang anda hidu akan ditapis oleh bulu-bulu kecil di dalam hidung yang bertindak memerangkap sebarang debu, kotoran atau debunga.
HIDUNG GATAL disebabkan pelbagai faktor, seperti:
RHINITIS
Peradangan pada lapisan lendir hidung yang boleh disebabkan oleh alergi atau non-alergi. Gejala rhinitis alergi termasuk hidung gatal, bersin, dan berair. Rhinitis non-alergi boleh disebabkan oleh perubahan cuaca, ubat-ubatan, makanan, dan bau tertentu.
SINUSITIS
Keradangan pada sinus, iaitu rongga dalam tulang tengkorak yang terhubung dengan hidung. Gejala sinusitis termasuk hidung tersumbat, sakit kepala, dan hingus pekat berbau.
Untuk mengatasi hidung gatal, Anda boleh:
- Menghindari punca alergi, seperti debu, debunga, bulu binatang
- Menghindari pencemaran, seperti asap rokok dan asap kenderaan
- Jaga aliran udara yang baik di dalam ruangan rumah
- Hot Compress hidung dengan air hangat
- Mengambil ubat anti gatal seperti antihistamin
- Pengguna kami menggunakan Essence Rub (Balm Najlaa) untuk mengatasi rasa gatal
No comments:
Post a Comment